Thursday, February 25, 2010

: PENCARIAN AHLI BARU

















YDP Kelab Tun Teja

"INGIN MENCIPTA DUIT UNTUK ORANG DAN DIRI". Itulah semangat yang ditanam sejak dibangku sekolah lagi

http://www.msc4u.com.my/MAZLAN



MENGENAI KAMI & KELAB
http://www.msc4u.com.my/about.php?u_name=MAZLAN

Menjalankan aktiviti kesedaran,kebajikan,kemajuan dalam bidang sosial,ekonomi,kesihatan dan sebagainya demi agama,bangsa dan negara

KELAB KEBAJIKAN DAN SOSIAL TUN TEJA MALAYSIA (1424-09-SEL)


Berkorban apa saja ,harta atau nyawa, Itulah kasih mesra ,sejati dan mulia, Kepentingan sendiri tidak diingini , Bahagia kekasih saja yang diharapi, Untuk menjadi bukti kasih yang sejati, Itulah tandanya jika mahu diuji...................”

Itulah ungkapan serikandi Tun Teja ketika menjamah sirih mantera yang diberikan oleh Laksamana Hang Tuah setelah mendapat tahu perkara sebenar yang baginda akan diperisterikan dengan Sultan Mahmud Syah .

Serikandi Tun Teja terkenal sebaris dengan nama serikandi Tun Kudu dan Tun Fatimah pada zaman Kesultanan Melayu Melaka . Mengikut sejarah Melayu, Tun Teja diberi gelaran “RATNA BENGGALA” yang membawa maksud “INTAN PERTAMA” dari Benggala iaitu puteri kepada Seri Amar Bangsa Diraja, Bendahara Pahang pada abad ke-15.

Tun Teja Ratna Benggala ,itulah nama serikandi tidak asing lagi TUN TEJA.

“Tun Teja Ratna Benggala,
Pandai membelah lada sulah,
Jika tuan tidak percaya,
Mari bersumpah kalam Allah.”

Begitulah bunyi pantun yang dipersembahkan oleh Hang Tuah kepada Tun Teja ,anak bendahara Pahang yang cantik jelita di akhir abad ke-15. Sejarah Melayu menggambarkan dengan jelas bagaimana Tun Teja direbut daripada tangan tunangnya Yang Dipertuan Pahang,Sultan Ahmad Syah (1474-1494)oleh Hang Tuah untuk diperisterikan Sultan Mahmud Syah (1488-1511).Sultan Ahmad Syah menerima penghinaan dahsyat daripada Melaka yang terakhir dari tunang baginda,baginda sangat malu dengan rakyatnya lalu bertindak turun takhta dan mengasingkan diri ke Lubuk Pelang.Setelah mangkat beliau sebut Marhum Syeikh.

Tun Teja sebenarnya bermadu dengan Puteri Betara Majapahit. Di atas perkongsian hidup bersama Sultan Mahmud Syah , Tun Teja dikurniakan seorang puteri yang bernama PUTERI AMRA DEWI.

Pada 1511, Portugis menyerang Melaka . Sultan Mahmud Syah bersama isteri-isterinya dan anak-anaknya telah dinasihatkan berundur ke Bentayan (kini Muar) termasuklah Tun Teja. Ketika itu Tun Teja kegeringan dan sangat uzur dan terpaksa diusung dengan tandu khas yang telah dibina oleh hulubalang Melaka. Dalam perjalanan Tun Teja menghembuskan nafas terakhir dan dipercayai telah dimakamkan di antara Melaka dan Bentayan iaitu Merlimau. Dipercayai sepasang batu nisan Diraja telah dipacakkan di atas Makam Tun Teja sebagai tanda kemangkatannya.Ayat yang tercatit di atas batu nisan Tun Teja bertulis begini (diterjemahkan dalam tulisan rumi)

“La illahu illah Muhamad darasulullah (barisan ini tidak dapat dibaca) Rabbana warabbil halaqul aj’main”

Bermaksud:

“Tiada Tuhan yang disembah selain Allah (barisan ini tidak dapat dibaca) Wahai Tuhan kami dan Tuhan segala makhluk sekalian.”

Tiada nama dan tarikh pada makam. Serikandi ini kerana ketika itu Sultan Mahmud Syah di dalam keadaan berundur ke Bentayan akibat serangan Portugis 1511.

TUN TEJA merupakan seorang pejuang ketika di dalam istana membantu Sultan menegakkan keadilan,kesejahteraan dan keamanan rakyat,seorang kekasih dan isteri yang sangat penyayang dan mencintai, sanggup berkorban apa saja dan seorang yang lemah lembut tetapi tegas dan tekad di dalam setiap keputusan yang dibuat.

Baginda juga merupakan seorang yang sangat berhati-hati dan seorang pemurah senyuman dan baginda juga seorang yang cantik jelita malah bertambah ayu apabila disarungkan pakaian dan selendang kepalanya berwarna kuning dan ungu.

Serikandi ini sangat mencintai dan taat setia kepada suaminya dan menjadi isteri yang paling disayangi oleh Sultan Mahmud Syah.

TUN TEJA ,serikandi hebat dan tabah serta cekal menghadapi dugaan malah berjiwa kental!

KEBANGKITAN TUN TEJA

Terbukti sebuah Sekolah Tun Teja Melaka telah diasaskan oleh Puan Norisah Bt Abas ,pengetua pertama dari tahun 1965-1967. Sekolah ini juga telah dirasmikan oleh YB En. Mohd Khir Johari iaitu Menteri Pendidikan Malaysia pada 9hb Oktober 1965. Nama sekolah itu diberikan sempena nama Serikandi Tun Teja. Perkembangan sekolah ini amat pesat dari 13 buah kelas kepada 24 kelas pada 1973 dan bilangan pelajarnya bertambah kepada 973 pelajar dari 425 pelajar. Pada tahun 1977 bermulanya aliran sains dan 1989 telah dibuka kepada pelajar lelaki untuk belajar di sekolah ini.Surau Tun Teja di sekolah ini telah dirasmikan oleh Tuan Hj Hashim pada 21hb Oktober 1978. Pada tahun 19hb Julai 1984,Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Rahim Tamby Chik Abdullah telah merasmikan Pusat Sumber Tun Teja di sekolah ini.

ZAMAN KEBANGKITAN TUN TEJA

(AL-FATIHAH UNTUK ALMARHUMAH TUN TEJA)

RENUNGKAN PANTUN TUN TEJA INI

“KAIN BURUK TEPI PERIGI
DIBUAT ORANG PERASAP BELANGA
ESOK KITA BERJUMPA LAGI
TUNGGULAH TEJA DI TAMAN BUNGA”

“SIANG JADI INGATAN ,MALAM JADI IGAUAN”

KINI

TUN TEJA KEMBALI

BERSAMA

“KELAB KEBAJIKAN & SOSIAL TUN TEJA MALAYSIA”

Terimalah hadiah untuk kalian semua

No comments: